Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu Lama yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung yang pada masa kini terletak di negeri Perak, Malaysia
serta Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Para
penyelidik mempercayai bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia
runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan di antara tahun 1025 dan 1026. Menurut sebuah lagi catatan sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa yang juga dikenali sebagai Hikayat Kedah, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2.
Jabatan Muzium Negara telah mengkaji kerajaan Gangga Negara dari pelbagai sudut termasuk tradisi lisan yang terdapat di negeri Perak. Muzium Beruas ditugaskan untuk membuat penyelidikan dari sudut arkeologi.
Kerajaan Gangga Negara meliputi Beruas dan Dinding/ Manjung . Artifak arca-arca Buddha abad ke-5 dan ke-6 Masihi yang dijumpai di Beruas menunjukkan kewujudan kerajaan Gangga Negara ini. Kerajaan Gangga Negara ini berpusat di Beruas.
Pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Pendapat lain mengatakan Kerajaan Gangga Negara dibuka oleh Raja Khmers dari Kemboja.
Menurut kajian lain menyatakan bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat pada abad ke-2 Masihi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjong) di kawasan Selatan Gunung Bubu (1657 meter ) arah timur Bukit Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah.
Dengan menggunakan jumpaan artifak-artifak purba dan pengaliran cabang Sungai Perak, kerajaan ini dipercayai pernah berpusat di Pengkalan ( Ipoh ), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput.
Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan Melayu Beruas tidak dapat dinafikan oleh penyelidik sejarah pada hari ini. Kedua-dua kerajaan tua yang dikatakan pernah bertapak di bumi Beruas bukanlah suatu kisah dongeng ataupun mitos semata-mata. Ini berikutan beberapa peninggalan kesan sejarah mengenainya yang masih wujud di beberapa kawasan negeri Perak amnya dan Beruas khususnya.
Semua artifak dan gambar berkaitan dengan Beruas dipamerkan di Muzium Beruas.

MUZUIM BERUAS
Muzium Beruas merupakan salah satu muzium yang terdapat di negeri Perak Darul Ridzuan yang telah diwartakan untuk menyimpan dan memaparkan sejarah di kawasan Beruas.Pada 23 Mei 1995, Muzium Beruas dengan rasminya diserahkan kepada
Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Majlis penyerahan
tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Muzium Negara kepada
Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Muzium beruas telah dibuka kepada
orang ramai pada Julai 1995 Muzium ini telah dibuka secara rasminya pada 8 Disember 1998 oleh Menteri Besar Negeri Perak pada masa itu iaitu Y.A.B Tan Sri Dato' Ramli Bin Ngah Talib
Muzium Beruas mempamerkan sebanyak 300 artifak sejarah zaman Kerajaan
Gangga Negara dan Raja Beruas yang ditemui hasil daripada penelitian dan
carigali sejarah tahun 1991. Muzium ini terletak di pekan Beruas lebih
kurang 40 km dari bandar Ipoh dan 20 km dari Bandar Sitiawan. Muzium ini
dibuka pada setiap hari dan yuran masuk adalah percuma.
MAKAM RAJA BERUAS
Raja Kota Beruas Nai Hisbu Mad Azam Shah bergelar Intaraja II Songtam
Ayuthia telah berkahwin dengan puteri Sultan Langkasuka iaitu Sultan
Yaacub Putera Jalil Shah bergelar Khun Waranwangsa. Baginda adalah Raja
Dinasti Ayut’ia Ke 15, sekitar tahun 1548 Masihi. Hasil perkahwinan
tersebut baginda dikurniakan tiga orang putera.
a) Raja Dinasti
Ayut’ia Ke 26 iaitu Sri Su Tammaraja (1605), Khalifatullullah Akhirul
Zaman, Sultan Mahmud Syah Melaka. Sila rujuk ms 98, Buku Undang-undang
Kedah. “Bermula disuruhnya titah Duli Yang Dipertuan Sultan Mahmud Syah Yang Maha Mulia di Negeri Melaka pada hijrah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Seribu Enam Puluh Tujuh, Tahun Jim, (1657 M) bulan ramadhan hari Abra’a fasal pada menyatakan Undang-Undang hubaya-hubaya jangan dilalui perkataan ini”.
Cop mohor yang dijumpai di Riau oleh kerajaan Melaka baru-baru ini adalah juga milik baginda, bukanya milik Sultan Mahmud Syah raja wilayah Melaka sekitar tahun 1400-1511. Sultan Mahmud Syah yang dimaksudkan diatas adalah Raja Besar Benua Siam Islam yang juga bergelar Khalifatullah Akhirul Zaman.
b) Putera kedua Raja Beruas ialah Raja Dinasti Ayut’ia ke 27 iaitu Narai, nama sebenar Tun Sa’ban, bergelar Laksemana Hang Tuah ketika di Melaka dan akhir sekali menjawat jawatan Sultan Acheh bergelar Sultan Iskandar Muda,1661.
c) Putera ketiga Raja Beruas ialah Dinasti Ayut’ia Ke-28 iaitu Pra Petraja Sultan Tengku Abu Narawanara. Di Melaka baginda digelar Hang Kasturi.
Makan Raja Beruas yang terdapat di Kampung Kota,Beruas
Thank you so much for share this history
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian yg menarik.Boleh saya tahu, ada tak hikayat atau sebarang bukti yang menceritakan Narai sebenarnya adalah Hang Tuah dan pernah menjawat jawatan sbg sultan acheh?
ReplyDeletetu la pasal... betol ke beliau adalah hang tuah yg mati tidak berkubur? jd sultan acheh plak ke?
Deletetu la pasal... betol ke beliau adalah hang tuah yg mati tidak berkubur? jd sultan acheh plak ke?
DeleteBerapa umur hang tuah
Delete..mcm beratus2 tahun je umurnyaa.
Pelik betul kupasan sejarah raja2 Beruas ni
ReplyDeleteassalamualaikum. saya baru ke Beruas untuk mencari kebenaran twentang kerjaan gangga negara satu ketika dulu. mungkin kita boleh bertukar-tukar maklumat. ini emel saya cyborg.macgyver@gmail.com
ReplyDeleteBoleh saya dapatkan maklumat tentang gangga negara utk esaimen saya.
DeleteMaklumat yg berguna
ReplyDeleteDtg ke kedah akan tau pertalian dengan kerajaan kedah tua berdasar undang undang kedah
ReplyDeleteassalamualaikum.. saya juga berminat untuk mengetahui tentang kerajaan Beruas ini. daripada pembacaan saya sebelum nie. memang terdapat hubungan yang begitu erat di antara kerajaan Beruas dan Melaka. pada ketika itu juga memang terdapat beberapa kerajaan lain juga berada di negeri Perak, cuba untuk menguasai takhta pemerintahan bagi keseluruhan kerajaan di daerah Perak. saya juga pernah melihat satu peta lama dari pelayar inggeris yang menunjukkan nama kerajaan Melaka sebaris dengan kerajaan Beruas di dalam peta. namun menjadi tanda tanya kepada saya apabila keturunan kerajaan negeri Beruas ini hilang setelah pewaris sultan Melaka menjadi pemerintah mutlak bagi negeri Perak..
ReplyDeleteWaalaikumsalam Tuan,
Deletebukti ujud kerajaan Beruas ini telah dihilangkan oleh pihak pihak yang berkepentingan seawal abad ke 20 lagi .
Syukur tidak semua kesan kesan atau bukti tersebut dapat dimusnahkan kerana masih terdapat bukti makam makam lama yang bertebaran didaerah Beruas.
Diceritakan pernah ditemuai sebuah Batu Bersurat yang besar saiznya tetapi akhirnya tidak tahu kemana telah di"larikan"oleh pihak pihak yang tidak bertanggunggjawab.
Naskah Hikayat Merung Mahawangsa yang asli juga telah dirampas disini.
bagus
ReplyDelete